KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi perasannya kerana diberi jodoh yang panjang bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa apabila menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20 hari ini.
Pasangan yang beza umur 20 tahun itu mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Ibu kepada dua anak itu berusia 27 tahun ketika bernikah dengan Khalid, 47, atau lebih dikenali Datuk K dalam satu majlis yang bukan sahaja digelar sebagai ‘Wedding of the Year’.
Malah perkahwian itu pernah mencuri perhatian antarabangsa apabila disenaraikan antara ‘Asia’s Most High-Profile Weddings’ oleh portal berita kewangan antarabangsa, CNBC.
Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Siti Nurhaliza memuat naik gambar berserta hantaran sempena ulang tahun perkahwinan mereka
“21 Ogos 2006 – 21 Ogos 2026. Alhamdulillah, 20 tahun yang penuh cabaran. Semoga Allah SWT berkati sampai Jannah,” tulisnya.
Selepas lebih sedekad, Siti akhirnya menimang cahaya mata sulung bernama Siti Aafiyah menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pada 2016.
Empat tahun kemudian, Siti melahirkan anak keduanya iaitu Muhammad Afwa pada Ogos 2020 menggunakan kaedah sama. – MalaysiaGazette
















