Duta NONGSHIM Malaysia adalah Khai Bahar (kiri) dan Wany Hasrita (kanan).

KUALA LUMPUR – NONGSHIM, pengeluar jenama mi segera nombor satu Korea, Shin Ramyun memperkukuh komitmen dalam usaha menjadikan Malaysia pasaran strategik untuk pertumbuhan jangka panjang syarikat di peringkat global.

Serentak itu, pendekatan baharu dilakukan melalui platform hiburan popular seperti program realiti Big Stage Rocketfuel yang dapat mendekatkan lagi jenama syarikat kepada golongan muda.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden NONGSHIM, Antonio Jo berkata, ia dibuktikan apabila NONGSHIM telah melabur ke atas generasi pengguna muda tempatan menerusi makanan Korea yang asli, premium dan halal di samping kekal menghormati budaya tempatan.

Katanya, melalui iniasiatif itu, syarikat berharap dapat membina hubungan emosi yang lebih dekat dengan generasi muda Malaysia yang akan datang bagi melangkaui strategi baharu dalam pengiklanan dengan mencipta pengalaman pengguna yang bermakna.

“Selain itu, Malaysia mewakili salah satu pasaran paling menarik di Asia Tenggara buat syarikat di mana pengguna menghargai makanan asli Korea sambil mengutamakan kualiti dan jaminan Halal,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, NONGSHIM Malaysia melantik dua penyanyi popular negara ini iaitu Khai Bahar dan Wany Hasrita sebagai duta.

Menurut Antonia, sebagai jenama ramyun ikonik Korea, syarikat itu perlu berhubung dengan golongan muda yang berada dalam era digital pantas, sentiasa terhubung dengan internet dan mendambakan kebebasan digital serta gaya hidup tanpa sempadan.

Beliau berkata, daripada pengiklanan tradisional, NONGSHIM kini mencipta pengalaman baharu yang tidak dapat dilupakan melalui hiburan, kandungan digital, kerjasama pempengaruh dan penglibatan pengguna untuk membina daya tarikan jenama yang berkekalan.

Katanya, anak muda Malaysia hari ini sedia terhubung secara global dan mereka menikmati kandungan seperti makanan sambil mengharapkan jenama yang memberikan keaslian rasa Korea, ketelusan dan keterjaminan Halal.

“Seiring peningkatan populariti di peringkat global, NONGSHIM akan terus mengembangkan rangkaian produknya dengan perisa-perisa inovatif yang memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Komersial GBA Corporation Sdn. Bhd., Foo Siew Kheng berkata, pengguna pada era kini memilih untuk merasai pengalaman asli dan jenama yang memahami gaya hidup mereka.

Katanya, melalui Big Stage Rocketfue, syarikat memperkenalkan NONGSHIM kepada generasi muda menerusi pendekatan yang lebih relevan, menarik dan bermakna.

“Hubungan yang dibina melalui budaya, hiburan dan muzik dapat mencipta pengalaman bermakna serta mendekatkan jenama kepada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

GBA Corporation merupakan pengedar utama produk makanan NONGSHIM di negara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here