KUALA LUMPUR – Sultan Pahang menitahkan supaya solat hajat diadakan di semua masjid di seluruh negeri itu bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar keadaan jerebu yang melanda Sarawak ketika ini bertambah baik.

“Doa dan ikhtiar perlu berjalan seiring dalam menghadapi keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan serta kesejahteraan rakyat,” titah baginda menerusi Facebook Kesultanan Pahang.

Baginda turut menasihatkan masyarakat di Sarawak supaya mematuhi segala arahan dan nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa negeri, khususnya berkaitan keselamatan dan kesihatan sepanjang keadaan jerebu berkenaan.

Pada masa sama, masyarakat diminta mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi diri dan keluarga daripada kesan jerebu. – MalaysiaGazette

Jerebu Sarawak makin membimbangkan, 10 kawasan catat IPU tidak sihat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here