Gambar hiasan

HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga tempatan ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes berkaitan dadah di kawasan Hulu Bernam, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Manimaran Muniandi berkata, suspek ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Hulu Bernam kira-kira jam 11.30 malam dan pemeriksaan terhadap suspek menemukan sebuah botol kecil yang mengandungi cecair disyaki dadah jenis ketamin.

“Susulan tangkapan dan rampasan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihak polis memandang serius kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah serta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit.

Dalam pada itu, orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui sebarang kegiatan berkaitan dadah, jenayah atau aktiviti mencurigakan di kawasan masing-masing.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah, balai polis berhampiran atau menerusi Facebook Messenger Polis Daerah Hulu Selangor.

“Polis Hulu Selangor akan mengambil tindakan segera terhadap setiap maklumat dan aduan yang diterima tanpa sebarang kompromi serta prejudis.

“Kerjasama masyarakat amat dialu-alukan bagi membantu mengekalkan persekitaran yang kondusif dan selamat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here