Tangkap layar video tular empat suspek merompak anggaran RM500,000 barang kemas di Taman Pandan Damai Kuantan semalam

KUANTAN – Dua buah motosikal yang digunakan empat suspek samun bersenjata sebuah kedai emas di Taman Pandan Damai di sini petang semalam tidak mempunyai nombor plat kenderaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, pihaknya masih dalam proses mengesan dan mengenalpasti identiti keempat-empat lelaki terbabit.

“Polis juga dalam proses siasatan sekiranya terdapat kenderaan lain yang digunakan mereka untuk melarikan diri selain dua motosikal terbabit,” katanya.

Menurut Ashari, ketika kejadian kira-kira 2 petang itu, hanya isteri pemilik dan dua pekerja wanita di kedai emas tersebut dan tiada pelanggan.

Kesemua suspek mengambil masa hanya lima minit untuk memecah masuk premis dan melarikan sejumlah barang kemas bernilai anggaran RM500,000.

Semalam beberapa klip video kejadian itu tular di media sosial mengundang kegusaran orang awam terutamanya komuniti setempat. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis buru empat suspek samun bersenjata kedai emas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here