KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar solat hajat di adakan di semua masjid di seluruh negeri ini memohon agar situasi jerebu melanda Sarawak semakin pulih.
Menerusi Kesultanan Pahang, baginda bertitah bahawa doa dan ikhtiar perlu berjalan seiring dalam menghadapi keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan serta kesejahteraan rakyat.
“Baginda turut menasihati masyarakat di Sarawak supaya mematuhi segala arahan dan nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa negeri khususnya berkaitan keselamatan dan kesihatan sepanjang jerebu melanda negeri itu,” katanya.
Al-Sultan Abdullah hari ini berangkat pulang ke Pahang selepas menyempurnakan lawatan selama tiga hari di Sarawak.
Keberangkatan pulang baginda selepas mengakhiri lawatan rasmi berkenaan turut menandakan berakhirnya kunjungan yang bertujuan memperkukuh hubungan silaturrahim serta kerjasama erat antara Pahang dan Sarawak.
Terdahulu, Jabatan Alam Sekitar melalui kenyataan petang tadi melaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 6 petang menunjukkan 10 kawasan di Sarawak mencatat bacaan IPU pada tahap tidak sihat sekitar 136 hingga 197.
Kawasan terlibat ialah IPD Serian (197), Kuching (191), Samarahan (178), Sarikei (171), Sri Aman (177), Sibu (160), Bintulu (157), Samalaju (153), Mukah (158) dan Miri (136). – MalaysiaGazette
















