Polis menahan lapan samseng jalanan kerana menutup jalan dan menahan kenderaan untuk berlumba dalam di Lebuhraya LinKedua, Kulai

KULAI – Polis menahan lapan samseng jalanan kerana menutup jalan dan menahan kenderaan untuk berlumba dalam dari Kilometer 33 hingga hingga Kilometer 31 Lebuhraya LinKedua di sini semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, mereka ditahan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pukul 11.45 pagi semalam.

“Suspek yang berusia 26 hingga 45 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut yang berlaku dari susur Tol Senai Utara hingga susur Johor Premium Outlet (JPO).

Kenderaan ditahan sekumpulan mat rempit yang mahu berlumba di dari km 33 hingga hingga Km 31 Lebuhraya LinKedua, Kulai semalam.

“Ujjian saringan air kencing mendapati semua tahanan negatif daripada pengaruh sebarang jenis dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tular sejak kelmarin beberapa mat rempit menutup jalan untuk memberi laluan dua penunggang motosikal berlumba dan terdapat ramai penunggang motosikal menjadi penonton di tepi jalan berkenaan.

Beliau memberitahu, semua mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Video berkenaan penutupan jalan untuk memberi laluan motosikal berlumba tular dalam media sosial dalam media sosial

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta tidak terlibat atau menyokong sebarang kegiatan samseng jalanan,” katanya.

Susulan daripada penularan video berdurasi 33 saat itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai melakukan siasatan bagi mengenal pasti dua penunggang motosikal dan mereka yang terlibat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here