Executive President Saha Farms Dr Helmi (tengah) bersama Ahmad Zahid Hamidi TPM di WITEX 2026 WTC KL hari ini.

KUALA LUMPUR — Majlis Ekonomi Halal & Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH) menyambut baik saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar Malaysia memperkukuh ekosistem pelancongan, memperluaskan produk pelancongan Islam.

Saranan Ahmad Zahid semasa merasmikan Ministers and Chief Executive Officers (CEO) Summit sempena World Islamic Tourism & Halal Expo (WITEX) 2026 di sini hari ini.

Setiausaha Agung MEH, Dr Helmi Ibrahim berkata, pihaknya melihat penegasan Timbalan Perdana Menteri termasuk memanfaatkan teknologi dan TVET amat bertepatan dengan agenda National Halal Policy Leadership yang diperjuangkan MEH.

Menurut Helmi, ucapan tersebut menjadi lebih bermakna selepas MEH menerima National Halal Policy Leadership Award 2026 pada WITEX 2026 yang dianjurkan buat kali ke-4 oleh Malaysia Association of Tourism Agency (MATA).

“MEH menyokong penegasan Timbalan Perdana Menteri bahawa pelancongan Islam perlu dilihat sebagai pengganda ekonomi dan tidak terhad kepada hotel, makanan halal atau kemudahan ibadah semata-mata.

“Sebaliknya, ia perlu menghubungkan makanan halal, hospitaliti, pengangkutan, kewangan Islam, kesihatan, pendidikan, perdagangan, teknologi, industri kreatif dan perusahaan tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Helmi, pendekatan itu mampu mewujudkan new economic value chain yang membuka lebih banyak peluang kepada usahawan dan memperkukuh ekonomi ummah.

MEH berpandangan Dasar Halal Negara (DHN) perlu terus menjadi landasan strategik untuk memperkukuh ekosistem ekonomi halal Malaysia.

“Kekuatan Malaysia dalam standard, pensijilan dan tadbir urus halal perlu diterjemahkan kepada nilai ekonomi, peluang pekerjaan, pelaburan, eksport dan pembangunan usahawan.

“MEH turut menyokong penekanan terhadap teknologi dan pembangunan bakat melalui TVET,” katanya.

Pada masa sama, Halal TVET perlu diperkasakan bagi melahirkan tenaga kerja, usahawan dan generasi baharu halal technopreneurs yang mampu bersaing di peringkat ASEAN dan global.

MEH percaya kekuatan Malaysia perlu diterjemahkan daripada kekuatan dasar kepada kekuatan pasaran, daripada pensijilan kepada penciptaan nilai, dan daripada industri kepada pengupayaan ekonomi ummah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here