Saya Bangga Tewas Dengan Orang Terbaik – Bekas ADUN DAP Puji Helmy

MELAKA – Mana-mana parti yang mahu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong perlu menampilkan calon lebih baik daripada penyandangnya, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bekas ADUN Duyong (DAP), Damian Yeo Shen Li berkata, kawasan berkenaan bukan tempat untuk mana-mana individu mencuba nasib dalam politik, sebaliknya memerlukan calon yang benar-benar memahami keadaan serta dekat dengan masyarakat setempat.

Menurutnya, Mohd Noor Helmy telah menjalankan tanggungjawab dengan baik kerana sering turun padang, bersikap rasional dan merendah diri selain mengetahui masalah sebenar yang dihadapi rakyat.

Beliau berkata, calon yang mahu mencabar Mohd Noor Helmy juga tidak boleh sekadar menjadi calon ‘payung terjun’, sebaliknya perlu dikenali penduduk, berpengalaman dan mempunyai rekod khidmat yang kukuh di Duyong. – MG

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here