Foto: Media sosial

KUNAK – Tiga individu maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 7 Jalan Kunak-Semporna di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Rejali AK Angong berkata dalam kejadian 6.03 petang itu, pemandu dan dua penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Dalam kejadian itu, sebuah Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki tempatan bersama lima penumpang terdiri daripada dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak dalam perjalanan pulang dari Kalabakan menuju ke rumah mereka di Kampung Sungai Langgas di sini.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rejali berkata kemalangan itu turut menyebabkan tiga penumpang cedera dengan seorang daripadanya parah dan mereka dikejarkan ke Hospital Kunak untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here