HYDERABAD, 27 Ogos (Bernama) — Polis Nepal pada Khamis mengeluarkan senarai nama individu yang hilang dalam bencana banjir di negara itu, termasuk warga asing.

Senarai tidak lengkap yang disiarkan di laman Facebook Polis Nepal setakat 1 tengah hari waktu tempatan memaparkan nama lapan wanita dan 15 lelaki dari Malaysia yang dilaporkan hilang.

Senarai itu antara lain mengandungi nama, tarikh lahir dan negara asal mereka.

Nama yang disenaraikan ialah:

1. Mohd Fakhrul Munir Bin Mohd Isa, 44
2. Mangala Vanan Krishnasamy, 50
3. Malani M Vellu, 49
4. Lingam Samykanoo, 49
5. Letchumy Sinnappan, 47
6. Krishnan Vadivelu, 74
7. Komathi Rethinam, 48
8. Kirubanithi Alagappan, 38
9. Karunanithi Sundram, 65
10. Kannan Kerisna, 51
11. Kalaiselvi P Narayanasamy, 65
12. Kalai Mathe Karuppaiah, 57
13. Jason Ngeow, 56
14. Inthumathy Subramaniam, 54
15. Gunavathy Muthusamy, 60
16. Gunanesan Vellaisamy, 58
17. Eswary Maniraj, 35
18. Brabaakaran Krishnan, 47
19. Balasingam Kesavan, 71
20. Azman Bin Karim, 60
21. Arunasalam Karuppiah, 70
22. Appannah A Muthaloo, 56
23. A Ganesan Anandan, 52

Terdahulu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jumlah rakyat Malaysia yang masih hilang susulan banjir yang membawa kemusnahan besar di Nepal masih belum disahkan oleh pihak berkuasa negara itu.

Sementara itu, Polis Nepal turut menyediakan senarai dan gambar mayat mangsa yang belum dikenal pasti dalam bencana itu bagi membantu ahli keluarga membuat pengecaman. Senarai dan gambar berkenaan boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang terdapat di laman Facebook Polis Nepal. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here