Foto: Perhilitan

KOTA BHARU – Pihak berkuasa menahan seorang lelaki selepas disyaki memiliki beberapa spesies hidupan liar tanpa dokumen yang sah dalam serbuan di sebuah premis oleh Wildlife Crime Unit Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama dengan Polis Marin Wilayah 3 di sini pada 23 Ogos lepas.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut menyita beberapa hidupan liar termasuk burung ayam-ayam, Merbah Luris Leher dan burung Helang Siput dengan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM36,350.

Perhilitan dalam kenyataan memaklumkan lelaki berkenaan yang merupakan penghuni premis ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716],” menurut kenyataan itu, hari ini.

Sehubungan dengan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah hidupan liar boleh menyalurkannya kepada Hotline Perhilitan menerusi talian 1-800-88-5151 atau melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam Perhilitan, iaitu www.wildlife.gov.my. -BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here