Seorang duda berusia 40-an ditahan bersama seorang gadis berusia 18 tahun selepas mereka ditemui berada dalam sebuah bilik sewa di rumah kedai di Pasir Gudang, awal pagi semalam.
Pasangan terbabit ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor kira-kira jam 2.15 pagi susulan aduan awam berhubung kegiatan mereka di premis berkenaan.















