Ratusan kenderaan dilihat mula memenuhi laluan menuju ke kawasan sambutan di Melaka malam ini.

MELAKA – Pemandangan dari Birkin International Hotel, Klebang yang menjadi antara lokasi pilihan pengunjung menyaksikan kemeriahan Ambang Merdeka sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2026 malam ini.

Jalan menuju ke Dataran 1 Malaysia, Klebang di sini mula sesak apabila orang ramai membanjiri lokasi beberapa jam sebelum acara kemuncak bermula.

Ratusan kenderaan dilihat mula memenuhi laluan menuju ke kawasan sambutan manakala orang ramai turut berjalan kaki menuju ke Dataran 1 Malaysia bagi mendapatkan lokasi terbaik untuk menyaksikan detik 12 tengah malam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijadual hadir bagi menyambut detik Ambang Merdeka bersama ribuan rakyat di lokasi sambutan bermula 10.30 malam ini.

Sambutan malam ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tanah air termasuk Ziana Zain dan Amy Search serta artis dari seberang, Charly Van Houten.

Acara kemuncak dijadual berlangsung pada 11.59 malam menerusi kiraan detik Ambang Merdeka, diikuti pertunjukan bunga api dan laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here