Tun Mohd Ali Rustam dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengibarkan Jalur Gemilang kepada kontinjen yang terlibat dengan perarakan dan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Melaka di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka hari ini.

MELAKA – Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 peringkat negeri hari ini disambut penuh meriah dan berwarna-warni apabila lebih 75,000 pengunjung membanjiri Dataran 1 Malaysia, Klebang di sini.

Orang ramai mula memenuhi dataran itu seawal jam 6 pagi kerana tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan pelbagai persembahan menarik daripada pasukan keselamatan selain perarakan kereta berhias dan perbarisan kontinjen.

Sambutan hari bersejarah itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman yang tiba pada jam 8.30 pagi sambil disambut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Tun Mohd Ali Rustam dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengibarkan Jalur Gemilang kepada kontinjen yang terlibat dengan perarakan dan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Melaka di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka hari ini.

Sambutan bermula dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang diikuti bacaan ikrar dan laungan merdeka sebanyak tujuh kali.

Pengunjung kemudian disajikan dengan persembahan memukau daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Paling dinantikan adalah lintas hormat 10 pesawat milik Tentera Udara Malaysia (TUDM).

Ia terdiri daripada tujuh pesawat tempur jenis Sukhoi SU-30MKM, FA 18D Hornet dan Hawk 200 serta tiga pesawat pengangkut jenis A400M dan C-130 Hercules.

Turut menarik perhatian adalah demonstrasi payung terjun daripada 10 Briged Para.

Sebanyak 158 kontinjen dengan 8,500 peserta terlibat dalam perarakan dan perbarisan  sambutan berkenaan.

Sementara itu di perairan Klebang, sebanyak enam kapal perang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terlibat dalam sambutan Hari Kebangsaan kali ini. – Malaysia Gazzette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here