Roslan Mohd Talib

TANGKAK – Seorang pengusaha kelapa sawit rugi RM245,403 selepas ‘gelap mata’ dengan janji pulangan pelaburan lumayan dalam tempoh singkat dan jaminan pulangan wang modal yang tinggi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, semuanya bermula apabila mangsa iaitu seorang wanita tempatan berusia 56 tahun melihat iklan pelaburan Quantsea X dalam aplikasi TikTok pada 6 Mei lalu.

“Berminat dengan tawaran tersebut mangsa membuat 18 transaksi ke dalam tiga akaun bank yang berbeza disyaki mule account bermula 1 Julai hingga 22 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa mula menyedari terpedaya dengan pelaburan tersebut sebelum membuat laporan polis semalam.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh disebat serta didenda.

“Polis daerah Tangkak menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dengan cara mudah dalam tempoh masa yang singkat,” katanya.

Beliau menyeru orang ramαi agar membuat semakan terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan atau ‘scam’.

Masyarakat juga katanya, dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkaitan ‘scam melalui laman sosial jabatan siasatan jenayah komersil seperti Facebook, Instagram dan TikTok.

Tambah beliau, sekiranya menjadi mangsa ‘scam’, mereka boleh menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) menerusi talian 997 sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang daripada akaun saspek. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here