Hasrunizah dan Abdul Karim menyempurnakan pelancaran SuperApp MyMersing Digital sempena Malam Ambang Merdeka, Mersing Merdeka Fest 2026 do Mersing malam tadi.

MERSING – Daerah ini melangkah ke fasa baharu dalam transformasi digital apabila SuperApp MyMersing Digital dilancarkan secara rasmi sempena Malam Ambang Merdeka, Mersing Merdeka Fest 2026.

Pelancaran tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan yang mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, di sini malam tadi.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Abdul Karim Bakar.

Abdul Karim berkata, MyMersing Digital dibangunkan oleh Presgo iData bawah Presgo Gateways Sdn Bhd, sebuah syarikat teknologi berstatus Malaysia Digital (MD).

Jelasnya, MyMersing Digital menghimpunkan pelbagai perkhidmatan Majlis dalam satu ekosistem digital yang lebih holistik, efisien dan mesra rakyat.

Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Abdul Karim Bakar.

“Menerusi SuperApp itu, pengguna boleh mengakses urusan pelesenan, cukai taksiran, pelancongan, pengurusan tong sampah, sewaan aset dan tempahan kemudahan majlis, selain pembayaran digital serta bantuan pintar berasaskan AI.

“Pelancaran ini, mencerminkan komitmen Majlis Daerah Mersing terhadap aspirasi Malaysia untuk menjadi negara pintar menjelang 2040,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, ini selaras dengan peranan strategik PLANMalaysia dalam memperkukuh serta memacu agenda dan pembangunan bandar yang lebih pintar, mampan serta berdaya huni.

“Lebih daripada sekadar sebuah aplikasi, MyMersing Digital menghubungkan rakyat, perkhidmatan majlis dan teknologi dalam satu ekosistem bersepadu, sekali gus memperkukuh perjalanan Mersing ke arah masa depan yang lebih pintar dan berdaya digital,” ujarnya. – MalaysiaGazette.

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here