Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun maut dipercayai terkena arus elektrik pada tiang lampu selepas bermain futsal di Taman Pancaran Bestari Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitenden Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada MERS999 sekitar jam 10.32 malam.

“Kejadian berlaku semasa remaja itu sedang berehat selepas bermain futsal sebelum memegang sebatang tiang lampu elektrik disyaki mempunyai arus elektrik menyebabkan dia rebah di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dan remaja itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati disebabkan renjatan elektrik dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut oleh pegawai penyiasat, Sub Inspektor Zulkefly Mat Piah.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” jelasnya.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here