Northern Solar Holdings Berhad

 

KUALA LUMPUR – Northern Solar Holdings Berhad (Northern Solar) menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi cadangan memindahkan penyenaraian dan sebut harga keseluruhan modal saham terbitannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

Kelulusan itu diberikan di bawah Seksyen 214(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, tertakluk kepada Northern Solar dan penasihat utamanya, Alliance Islamic Bank Berhad, dalam memenuhi sepenuhnya keperluan Garis Panduan Ekuiti SC berkaitan pelaksanaan cadangan pemindahan berkenaan.

SC turut mengambil maklum Northern Solar telah memenuhi keperluan ekuiti bumiputera yang terpakai kepada syarikat tersenarai awam susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Securities.

Northern Solar pertama kali mengumumkan cadangan pemindahan itu pada 25 Mac 2026 sebelum mengemukakan permohonan kepada SC pada 30 Mac 2026.

Cadangan pemindahan tersebut merupakan langkah seterusnya dalam perkembangan Northern Solar dalam pasaran modal Malaysia selepas syarikat itu disenaraikan di Pasaran ACE pada 6 Februari 2025.

Menurut syarikat, penyenaraian di Pasaran Utama dijangka meningkatkan profil korporat dan keterlihatan Northern Solar dalam kalangan kelompok pelabur yang lebih luas, termasuk pelabur institusi.

Northern Solar bersama penasihatnya akan meneruskan keperluan berkaitan cadangan pemindahan berkenaan.

Syarikat juga, katanya akan membuat pengumuman lanjut kepada Bursa Securities sekiranya terdapat sebarang perkembangan penting. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here