Orang ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan Dr. Mahathir Mohamad yang datang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Putrajaya, semalam.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan semangat anak muda terhadap sambutan Hari Kebangsaan masih hangat, sekali gus menolak tanggapan bahawa golongan berkenaan tidak menghargai kemerdekaan negara.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, beliau berkata, perkara itu dilihat sendiri ketika menghadiri perarakan merdeka di Putrajaya semalam untuk menyaksikan sambutan rakyat.

“Saya gembira kerana sambutan masih hangat (betul-betul hangat).

“Tak benar sangkaan kononnya anak muda tidak hargai merdeka,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, beliau turut melihat ramai anak muda Melayu, Cina dan India berada dalam barisan pemerhati ketika sambutan berkenaan.

Menurutnya, wajah ceria golongan muda yang hadir jelas menunjukkan mereka menghayati semangat kemerdekaan.

“Muka mereka ria dan jelas mereka sedang sambut kemerdekaan seolah-olah mereka baru merdeka selepas dijajah.

Beliau berkata, semangat sedemikian penting untuk memastikan kelangsungan negara.

“Semangat seperti ini akan kekalkan negara.

“Tidak ada yang lebih mulia daripada mempertahankan negara tercinta,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here