Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan jumlah rakyat Malaysia yang masih belum dihubungi susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal dan China, kekal 55 orang.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, pihaknya juga sedang mendapatkan pengesahan daripada kerajaan China berhubung kemungkinan pertindihan laporan mengenai rakyat Malaysia di Nepal dan Tibet, China.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beijing terus berhubung dengan pihak berkuasa China, manakala Kementerian Luar turut berhubung dengan Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan rasmi.

Malaysia juga bersedia menyediakan kepakaran mencari dan menyelamat jika diperlukan pihak berkuasa China,” katanya.

Menurut Wisma Putra, tindak balas Malaysia terhadap bencana berkenaan diselaraskan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here