KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menafikan beliau menghadiri mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menandatangani surat pengisytiharan untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, beliau juga tidak mengetahui apa yang berlaku ketika surat berkenaan ditandatangani.
“Saya tidak tahu (MB dipaksa tandatangan), masa dia sign saya tidak ada, saya pun tidak tahu,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Taklimat Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.
Sebelum ini, media asing melaporkan Azalina dilaporkan antara beberapa pemimpin kanan UMNO yang hadir dalam satu mesyuarat penting yang berkaitan dengan kemelut istana di Negeri Sembilan.
Selain Azalina, turut dilaporkan hadir pada majlis itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.
Namun Asyraf turut menafikan dia tidak terlibat dalam majlis tersebut.
“Saya tidak pernah terlibat,” katanya. – MalaysiaGazette
















