Sebahagian warga asing ditahan JIM Johor selepas melakukan serbuan di dua kilang di kilang Muar dan Yong Peng, Batu Pahat semalam.

MUAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 234 warga asing dalam dua serbuan di kilang perabot dan kilang pembuatan bingkai di Kawasan Perindustrian Parit Jamil di sini dan Yong Peng, Batu Pahat semalam.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan tersebut dilakukan dari pukul 11 pagi hingga 1 petang selepas melakukan risikan dan mendapat maklumat awam.

“Seramai 234 warga asing ditahan terdiri daripada seorang lelaki dewasa warga Pakistan, 155 lelaki (Bangladesh) 16 lelaki (India) 18 lelaki (Myanmar), 28 (Nepal) sembilan lelaki (China) dan tujuh wanita (Myanmar) yang berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 50 tahun.

“Turut ditahan dua warga tempatan yang merupakan pengurus premis tersebut dan seorang pemandu lori.

Hasil meriksaan seramai 234 warga asing dalam dua serbuan di kilang perabot dan kilang pembuatan bingkai

“Pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan meliputi semakan dokumen perjalanan, pas dan permit berkaitan serta status keberadaan warga asing di premis-premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua tahanan disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Mereka katanya, ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan dan tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang.

Ujarnya, operasi itu merupakan sebahagian komitmen berterusan JIM Johor dalam membanteras penyalahgunaan pas, pelanggaran syarat imigresen serta keberadaan warga asing yang tidak mematuhi undang-undang di negara ini.

“Operasi ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan JIM dalam membanteras penyalahgunaan pas, pelanggaran syarat imigresen serta keberadaan warga asing yang tidak mematuhi undang-undang di negara ini,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here