KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden hadir besama barisan kepimpinannya di Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Kunjungan delegasi Pemuda Pas itu mencuri perhatian perwakilan yang dilihat sebagai kunjungan balas selepas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia Kali Ke-67 di Kota Bharu, Kelantan pada 3 September lalu.
Apa yang menarik, kehadiran kedua-dua pimpinan sayap parti pada program rasmi masing-masing menunjukkan kepemimpinan Pemuda UMNO dan Pas yang semakin terbuka untuk penyatuan ummah.
Sebelum ini, kehadiran 25 pimpinan Pemuda UMNO Muktamar Dewan Pemuda Pas telah mencatat sejarah sebagai tanda sokongan terhadap agenda penyatuan yang dibawa Pas.
Menurut Akmal, kehadiran tersebut turut melibatkan pimpinan Pemuda UMNO di peringkat pusat dan Kelantan, sekali gus membawa mesej bahawa usaha menyatukan ummah perlu digerakkan secara bersama. – MalaysiaGazette

















