Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mahkamah.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 8.30 pagi esok difahamkan menunda salah satu agenda persidangan iaitu berkaitan Datuk Seri Najib Razak.

MalaysiaGazette difahamkan mengenai perkembangan terbaharu itu hari ini, namun maklumat terperinci mengenai alasan penundaan masih belum diperoleh.

Penangguhan tersebut mencetuskan perhatian berikutan mesyuarat itu sebelum ini dikaitkan dengan permohonan bekas Perdana Menteri untuk menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.

MalaysiaGazette pada 8 September lalu melaporkan Lembaga Pengampunan dijangka bersidang Jumaat ini dengan permohonan berkaitan tahanan rumah Najib dipercayai antara perkara yang akan diberi perhatian.

Artikel berkaitan:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh sebelum ini turut mengesahkan Lembaga Pengampunan dijadualkan bersidang pada pukul 8.30 pagi esok, namun enggan mengulas lanjut mengenai agenda mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, dengan perkembangan terbaharu mengenai penangguhan itu, persoalan kini tertumpu kepada bila perkara berkaitan Najib akan dibawa semula untuk pertimbangan Lembaga Pengampunan.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi mengenai sebab penangguhan.

MalaysiaGazette juga difahamkan antara yang akan dibincangkan adalah pengampunan sejumlah banduan bersempena sambutan Hari Malaysia. – MalaysiaGazette

Lembaga Pengampunan bincang tahanan rumah Najib Jumaat ini?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here