Pegawai Pendakwa Raya, anggota polis hadir ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS) Temerloh bagi prosiding pertuduhan Zulkarnain Md Noh, 52.

TEMERLOH – Seorang pemandu lori hari ini berdepan empat pertuduhan membunuh empat individu dalam nahas membabitkan 11 kenderaan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) bulan lalu.

Tertuduh, Zulkarnain Md Noh, 52, didakwa atas kesemua pertuduhan dalam prosiding yang dijalankan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh hari ini di hadapan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar.

Mengikut kertas pertuduhan, Zulkarnain didakwa membunuh Muhammad Nazatullah Nazmi, 32;  Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32; Muhammad Armaan Nazeef Muhammad Nazatullah, 4 dan Seow Beng Wai, 55 di KM110.3 LPT arah timur, dalam daerah Temerloh, kira-kira jam 10.30 malam pada 31 Ogos lalu.

Bagi kesemua kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman mati atau dipenjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman mati hendaklah turut dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Najimi Arif Nasarudin dan Anis Syakilla Zawawi.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

4 maut dalam nahas 11 kenderaan di LPT

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here