Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di WTC, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 12 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – UMNO dalam nada tegas mencabar mana-mana pihak yang berani menyingkirkan parti itu daripada kerjasama pentadbiran sedia ada supaya berbuat demikian dengan segera supaya pilihan raya umum diadakan dan mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi berkata, terdapat dua pilihan yang boleh dilakukan sekiranya kerjasama politik itu mahu ditamatkan, iaitu mendapatkan semula mandat rakyat melalui pilihan raya umum atau mengemukakan undi tidak percaya terhadap Barisan Nasional di Dewan Rakyat.

“Kalau berani, buanglah cepat. Kalau berani, bubarlah cepat,” katanya ketika berucap dalam ucapan penangguhan Perhimpuan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Hadir dalam ucapan itu adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kerjasama politik yang dibentuk adalah berasaskan amanah dan kebenaran, selain mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, dengan matlamat memastikan kestabilan pentadbiran demi kepentingan rakyat Malaysia.

Menurutnya, kerjasama dalam pentadbiran negara tidak bermakna sesebuah parti perlu menyerahkan masa depan, identiti atau prinsip perjuangannya.

“Kerjasama bukan penyerahan. Saya ulang, kerjasama bukan penyerahan,” katanya.

Beliau berkata, parti-parti politik masih boleh bekerjasama tanpa kehilangan identiti masing-masing, selain berunding tanpa menggadaikan prinsip, mencari persamaan serta menghormati perbezaan.

“Kerjasama kita bentuk atas amanah kebenaran, patuh pada titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Untuk apa? Niat kita apa?

“UMNO mahu mewujudkan kestabilan pentadbiran demi kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here