Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di WTC, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – UMNO mahu semua pihaknya menghormati resolusi yang dibuat di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 seperti mana parti itu menghormati untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal Parlimen.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana pemimpin UMNO sebagai menteri Kabinet sentiasa bersikap profesional walaupun terdapat perbezaan pendapat jemaah menteri di dalam kerajaan.

“Pendirian kita tidak menyanggah mana-mana susuk tubuh terutama Perdana Menteri kerana resolusi yang dibuat dalam dalam Perhimpunan Agung UMNO harus dihormati kerana kita terus bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang ada ini.

“Kita pun tidak tahu bila akhir penggal dan kita akan terus berada di dalamnya selama kami berada di dalamnya memang ada perbezaan pendapat.

“Tetapi kita adalah anggota Jemaah Menteri yang profesional dan kita mengambil pendirian perbezaan pendapat harus dihormati dan kami juga menghormati perbezaan pendapat yang dilontarkan oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berakhirnya PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini. – MalaysiaGazette

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media selepas menyampaikan ucapan pergulungan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di WTC, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2026.

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here