KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Malaysia belum menerima sebarang maklumat yang menunjukkan terdapat rakyat Malaysia terlibat dalam insiden kapal penumpang Virgo Transport 8 di Laut Jawa, Indonesia.
Kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra itu memaklumkan pihaknya sedang memantau laporan mengenai kapal penumpang berkenaan dan berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia yang berkaitan bagi mendapatkan senarai rasmi penumpang serta maklumat lanjut yang telah disahkan mengenai insiden itu.
“Pada peringkat awal ini, kementerian belum menerima sebarang maklumat yang menunjukkan terdapat rakyat Malaysia terlibat dalam insiden berkenaan,” menurut kenyataan kementerian pada Ahad. – BERNAMA
















