Zulkifli Hasan

KUALA LUMPUR – Tindakan menyita kontena kargo ketenteraan rejim Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor membuktikan ketegasan Malaysia dalam menolak sebarang persekongkolan dan bantuan logistik kepada kezaliman Zionis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, tindakan itu juga selari dengan kewajipan agama dan prinsip Maqasid Syariah bagi memelihara nyawa dan memastikan kedaulatan tanah air tidak dieksploitasi rejim haram.

“Justeru, pihak JPM (Hal Ehwal Agama) menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong penuh ketegasan Kerajaan yang tidak berganjak daripada solidariti bersama Palestin.

“Sebarang usaha meloloskan kargo sokongan ketenteraan kepada Israel akan ditentang. Semoga Allah ﷻ memelihara perjuangan pembebasan Palestin sehingga kemenangan hakiki tercapai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/08/08/akps-tahan-kontena-disyaki-bawa-dagangan-untuk-eksport-ke-israel/

https://malaysiagazette.com/2026/09/15/malaysia-tidak-akan-jadi-laluan-transit-hantar-kargo-ketenteraan-ke-israel-pm/

Media sebelum ini melaporkan, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) memaklumkan telah menahan dan memeriksa sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas, 7 Ogos lalu yang disyaki membawa dagangan untuk dieksport ke Israel.

Katanya, penghantaran itu disyaki tidak mematuhi Item No.15 Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023 yang memperuntukkan larangan pengeksportan barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel selaras dengan dasar dan ketetapan kerajaan Malaysia. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here