Suasana Pertandingan Memancing sempena Pesta Pantai Tanjung Bidara di Melaka. Foto AIMAN RIZAL, 19 SEPTEMBER 2026.

MELAKA – Lebih 1,000 kehadiran pemancing di Kampung Balik Batu sempena Pesta Pantai Tanjung Bidara yang berlansung hari ini memberi limpahan rezeki kepada pengusaha chalet dan homestay tempatan selepas semua bilik penginapan penuh ditempah pengunjung.

Penganjuran program sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) peringkat DUN Tanjung Bidara itu membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri Melaka dalam merancakkan sektor pelancongan dan memacu ekonomi penduduk tempatan.

Menurut pengusaha Cindai Chalet Tanjung Bidara, Azmi Dewa, bersyukur dengan kunjungan ramai pelancong selain perkembangan positif yang didorong oleh pelbagai inisiatif dan penganjuran acara tersebut oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Melaka.

Pengusaha Cindai Chalet Tanjung Bidara, Azmi Dewa. Foto AIMAN RIZAL, 19 SEPTEMBER 2026.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka kerana memandang serius tentang pelancongan di negeri Melaka terutamanya di Tanjung Bidara dan bersyukur kerana dengan kepimpinan beliau maka pelancongan khususnya di kawasan Masjid Tanah berkembang pesat.

Cindai Chalet Tanjung Bidara, Melaka. Foto AIMAN RIZAL, 19 SEPTEMBER 2026.“Program ini bukan kali pertama dibuat oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi sudah banyak program dibuat di kawasan Kampung Balik Batu khusunya di Pengkalan Balak dan Kuala Linggi, jadi sambutan pada hari ini untuk pertandingan memancing sungguh berjaya dengan penyertaan percuma melibatkan kehadiran g seramai 1000 orang pemancing,

“Hari ini semua chalet dan homestay penuh serta sambutan yang sangat meriah,” katanya.

Tambah beliau, pengusaha tempatan bagi sektor penginapan di kawasan Tanjung Bidara kini berkembang pesat daripada kurang 10 buah pengusaha pada awal penglibatannya kepada hampir 60 pengusaha pada masa kini.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha Mohd Azrai Baharom yang juga pemilik D’cantik Villa teruja dengan kehadiran pelancong dan secara tidak langsung tempahan homestay miliknya penuh.

Pengusaha D’Cantik Villa Tanjung Bidara, Azrai Baharom bersama isterinya berkongsi perkembangan semasa serta persediaan menerima kunjungan pelawat di Tanjung Bidara, Melaka. Foto AIMAN RIZAL, 19 SEPTEMBER 2026.

“Program yang dianjurkan oleh Ketua Menteri Melaka sangat bermanfaat kepada kita sebagai penduduk kampung Tanjung Bidara melibatkan semua lapisan masyarakat apabila orang ramai dapat melihat pertandingan memancing dan secara tidak langsung menikmati pemandangan indah kawasan pantai yang cantik,

“Pengusaha homestay hanya perkenalkan kepada orang yang sedia ada yang tahu sahaja tetapi apabila ada program ini, semua pelancong maklum tentang homestay ini,” katanya.

Menurut beliau lagi, untuk tahun 2026, semua tempahan di D’cantik Villa penuh terutama pada hujung minggu dan cuti sekolah namun yang berminat masih boleh membuat tempahan pada hari biasa selain untuk penginapan program kursus atau latihan.

Selain menjadi pemangkin ekonomi dan memperkenalkan keindahan pantai Tanjung Bidara sebagai destinasi riadah keluarga, penganjuran pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti ini turut dapat mengeratkan silaturahim serta hubungan antara komuniti setempat dan para pengunjung. – MalaysiaGazzette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here