GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengesahkan iklan jawatan kosong yang tular di media sosial termasuk platform Threads dan menggunakan nama serta identiti pihak berkuasa tempatan itu adalah palsu.

MBPP dalam kenyataan berkata, iklan berkenaan bukan dikeluarkan atau diterbitkan secara rasmi oleh pihaknya.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak mempercayai, menyebarkan atau mengambil sebarang tindakan berdasarkan iklan tersebut, termasuk mengimbas kod QR atau kod bar yang terdapat dalam iklan berkenaan serta memberikan maklumat peribadi atau maklumat kewangan.

“Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak menekan pautan atau mengisi sebarang borang dalam talian yang dikaitkan dengan iklan palsu tersebut,” katanya.

Menurut MBPP, sebarang maklumat berkaitan kekosongan jawatan di pihak berkuasa tempatan itu hendaklah dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Modal Insan di talian 04-2592115, 04-2592311 atau 04-2592240.

“Orang awam disarankan membuat semakan terlebih dahulu sebelum mempercayai atau mengambil sebarang tindakan terhadap sesuatu hebahan.

“MBPP memandang serius perkara ini dan menyeru orang awam agar tidak menyebarkan semula iklan berkenaan.

“Sebarang keraguan mengenai iklan jawatan kosong yang menggunakan nama MBPP hendaklah dirujuk kepada MBPP melalui saluran rasmi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here