kredit: FB Datuk Seri Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Aduan berhubung iklan serta promosi kesihatan dalam talian yang didakwa menyalahi peraturan dan boleh mengelirukan orang ramai, akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata aduan itu, merupakan antara isu yang dibangkitkan dalam pertemuannya hari ini bersama dengan wakil persatuan dan pakar perubatan di Kuala Lumpur.

“Perkara ini akan saya panjangkan kepada MCMC untuk penelitian dan tindakan lanjut bersama dengan pihak berkaitan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata pertemuan itu diadakan untuk mendengar sendiri pandangan, cadangan serta isu yang menjadi perhatian wakil persatuan dan pakar perubatan berkenaan.

Fahmi turut berterima kasih atas perkongsian yang terbuka dan konstruktif dalam pertemuan tersebut.

“Pandangan mereka yang berada di lapangan penting, untuk kita memahami masalah sebenar dan mencari penyelesaian yang lebih berkesan,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here