Seorang lelaki warga Bangladesh yang bertindak agresif dan mengganggu penumpang di KLIA1, 17 September lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh yang bertindak agresif dan mengganggu penumpang di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu, dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Ravi a/l Munusamy berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang ketika suspek berusia 26 tahun yang berada di kaunter sebuah syarikat penerbangan di terminal berkenaan.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan punca tindakan lelaki tersebut.

“Suspek telah bertindak menjerit dengan nada yang tinggi dan mengganggu penumpang-penumpang di sekitar.

“Pihak kawalan keselamatan terminal yang hadir ke tempat kejadian bagi menenangkan keadaan telah membawa suspek ke Balai Polis Terminal 1 untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kejadian tersebut kemudiannya tular baru-baru ini.

Terdahulu beliau berkata, siasatan yang dijalankan mendapati suspek dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke Bangladesh pada jam 10.20 malam pada hari kejadian.

Bagaimanapun, katanya, sepanjang tempoh bertenang, suspek didapati masih tidak dapat mengawal diri dan bertindak agresif.

Dalam pada itu Ravi berkata, pihak kedutaan telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Ravi turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan bagi mengelakkan penyebaran berita tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran di tempat awam, khususnya di Terminal 1 KLIA dan Terminal 2 KLIA. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here