Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Hi tea Reunion Perintis Reformais di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC) Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 SEPTEMBER 2026.

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook bagi membincangkan keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dalam masa terdekat.

Katanya, pertemuan itu dijangka selepas Anthony Loke pulang dari Shanghai, China untuk mendengar sendiri penjelasannya susulan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

“Saya belum sempat berbincang apa pun lagi, kena dengar pandangan dia (Anthony Loke), (saya) kena faham.

“Sebab dia (Anthony Loke) adalah seorang yang ada prinsip dan dia memang daripada awal bantah peraturan yang memberi gambaran seolah-olah kita ini lemah atau longgar terhadap amalan rasuah terutama apabila kita mengambil tindakan lain yang banyak termasuk perasuah-perasuah kecil.

“Jadi, lebih baiklah kita jumpa dia, dengar pandangan dia dan juga saya boleh beri keputusan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan buku pada Majlis Hi tea Reunion Perintis Reformais di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC) Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 SEPTEMBER 2026.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini petang ini.

Terdahulu, Anwar berkata, Anthony Loke sudah pun memaklumkan keputusan untuk meletakkan jawatan namun belum menyerahkan surat rasmi.

“Anthony baru bermesyuarat semalam, dia ada maklum kepada saya dan akan bawa surat dan berbincang dengan saya,” tambahnya.

Ditanya sama ada kemungkinan berlaku rombakan Kabinet susulan perkembangan terkini tersebut, Anwar bagaimanapun secara ringkas menjawab: “Satu-satulah”.

Semalam, Anthony Loke selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengumumkan akan metakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai reaksi parti itu terhadap keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib.

Bagaimanapun, katanya, Menteri dan Timbalan Menteri lain daripada DAP serta mereka yang memegang jawatan lain dalam kerajaan akan kekal dalam jawatan masing-masing buat sementara waktu bagi memastikan kestabilan politik terjamin. – MalaysiaGazette

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar ketika hadir pada Majlis Hi tea Reunion Perintis Reformais di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC) Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 SEPTEMBER 2026.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here