KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini menjelaskan pihaknya tidak mempunyai makluman mengenai mengenai penyelarasan syarat pemilikan institusi pendidikan swasta (IPS) bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ia kerana, katanya, perkara berkaitan dasar pemilikan ekuiti bumiputera adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi (EPU).
“MITI berharap penjelasan ini dapat membantu memperbetul peranan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dalam perkara ini supaya maklumat yang disampaikan kepada pihak awam adalah tepat dan jelas,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) semalam memaklumkan tpenetapan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah kementerian itu.

KPM berkata, penyelarasan berkenaan diputuskan susulan perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi memastikan syarat pemilikan IPS selari dengan keperluan semasa sektor pendidikan.
“Susulan sesi perbincangan antara KPM dengan MITI, KPM bersetuju bahawa ketetapan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan IPS bawah KPM,” katanya malam ini dalam kenyataan.
KPM menjelaskan, syarat berkenaan sebelum ini dinyatakan dalam Buku Pernyataan Dasar IPS yang diterbitkan pada 2006 khususnya bagi IPS tertentu yang dimiliki melalui syarikat sendirian berhad. – MalaysiaGazette
















