Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyerahkan warkah proklamasi pembubaran DUN pada Sidang Media Khas di Seri Negeri, Ayer Keroh petang ini.

MELAKA – Pentadbiran Kerajaan Melaka akan terus berjalan seperti biasa sebagai kerajaan sementara bagi memastikan pengurusan harian negeri berjalan lancar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pentadbiran kerajaan negeri tidak terhenti bagi memastikan sistem penyampaian kepada rakyat berjalan lancar.

“Selepas pembubaran ini kerajaan akan menjalankan tanggungjawab dalam kapasiti kerajaan sementara atau caretaker government sehinggalah sebuah kerajaan negeri baharu dibentuk dalam proses pilihan raya.

“Saya ingin memberi jaminan yang jelas kepada seluruh rakyat Melaka bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka tidak bermakna urusan kerajaan terhenti,” katanya pada Sidang Media Khas di Seri Negeri hari ini.

Ab Rauf memberi jaminan pentadbiran kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan kekal teratur bagi memastikan kepentingan rakyat terjamin.

“Justeru, semua jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara profesional berdasarkan undang-undang, peraturan dan tata kelola.

“Negeri akan ditadbir dengan baik, perkhidmatan untuk rakyat akan terus berjalan, kepentingan rakyat akan terus menjadi keutamaan kita,” katanya.

Sehubungan itu, Ab Rauf turut melahirkan rasa puas hatinya terhadap perjalanan pentadbiran kerajaan negeri dalam tempoh sepenggal ini. – MalaysiaGazzette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here