Sembunyi dalam longkang antara taktik dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk mengelak daripada dicekup oleh pihak berkuasa. - Foto JIM Sarawak

KUALA LUMPUR – Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) nekad bersembunyi di dalam longkang ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Ops Selera dan Ops Kutip di Kuching, semalam.

Aksi seorang lelaki dan seorang wanita warga asing itu bagaimanapun tidak berhasil apabila anggota operasi berjaya mengesan kedudukan mereka sebelum kedua-duanya ditahan.

Antara PATI yang ditahan dalam serbuan,

JIM Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, operasi bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam dengan pemeriksaan dijalankan di tujuh lokasi sekitar Westfield Points, Jalan Tun Hussein Onn, Pekan Batu 10 dan Kota Sentosa.

“Pemeriksaan membabitkan premis kedai makan serta kedai yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian.

“Sepanjang operasi, turut berlaku beberapa cubaan melarikan diri, namun kesemuanya berjaya ditangani anggota penguat kuasa.

“Keseluruhannya, 48 individu diperiksa dan 43 ditahan untuk tindakan lanjut, manakala satu saman saksi turut dikeluarkan.

Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),

“Operasi itu dijalankan berdasarkan maklumat aduan awam serta hasil risikan JIM Kuching,” jelasnya.

Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) sebelum dibawa untuk tindakan serta siasatan lanjut.

JIM Sarawak dalam pada itu memaklumkan pihaknya akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan berasaskan risikan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen sentiasa diberi keutamaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here