Hong Kong Shopping Festival berlangsung buat julung kalinya di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (Hong Kong Trade Development Council, HKTDC) hari ini melancarkan Hong Kong Shopping Festival buat julung kalinya di Malaysia, menandakan peluasan pertama festival ini ke pasaran ASEAN.

Berlangsung sejak semalam hingga 27 September ini, festival itu membawakan 100 jenama dan lebih 350 produk dari Hong Kong meliputi bidang Beauty & Personal Care, Fashion, Food & Supplement, Fun & Smart Living dan Senior Wellness Essential.

Ia turut disertakan dengan pilihan beli terus di Shopee, Lazada dan laman web rasmi Hong Kong Shopping Festival.

Bertemakan “Hong Kong Highlights, One Click Away”, kempen itu membawa kemeriahan dan kepelbagaian produk Hong Kong kepada pelanggan Malaysia.

Antara jenama yang menyertai festival itu adalah Lee Kum Kee, CATALO, Chow Tai Fook, Chow Sang Sang, Wai Yuen Tong dan Chicks.

Pelancaran di Malaysia merupakan langkah pertama inisiatif ke ASEAN dengan Malaysia dan Singapura sebagai pasaran sasaran awal.

Selepas edisi terdahulu yang tertumpu di China, HKTDC kini memasuki fasa baharu untuk menghubungkan perniagaan Hong Kong dengan pelanggan dan pasaran baru di rantau ini.

Disokong oleh Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), festival ini menawarkan pilihan produk berkualiti Hong Kong.

Dijalankan sepanjang minggu, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus baucar beli-belah dan tawaran eksklusif siaran langsung di pelbagai platform dalam talian.

Sementara itu, Pengarah Serantau, Asia Tenggara & Asia Selatan, HKTDC, Leung Kwan Ho berkata, Hong Kong mempunyai hubungan erat dengan pelanggan Malaysia melalui jenama yang dikenali sejak dahulu ataupun produk baru.

“Menerusi Hong Kong Shopping Festival, kami ingin lebih mendekati pengalaman kepada pelanggan di sini supaya mereka dapat menikmati semula jenama kegemaran, menemui jenama baru dan merasa kepelbagaian yang ditawarkan Hong Kong hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Festival itu menawarkan pengalaman beli-belah yang lebih interaktif dengan lebih 30 jam kandungan shopping secara langsung bersama hos dan influencer popular Malaysia dan Singapura, iaitu cara lebih interaktif untuk mengenali and menghayati jenama.

Demonstrasi produk, ulasan pengalaman sebenar dan interaksi live membolehkan penonton melihat produk dari sudut dekat dan mengenali jenama dengan lebih mendalam. Sesi terpilih turut menawarkan tawaran eksklusif.

Halaman kempen khas di Shopee dan Lazada menghimpunkan produk dan promosi terpilih di satu tempat, manakala laman web rasmi festival memuatkan maklumat jenama, promosi dan cadangan pilihan sepanjang minggu.

Hong Kong Shopping Festival adalah acara tahunan utama program E-Commerce Express HKTDC untuk membantu syarikat Hong Kong mengembangkan e-dagang rentas sempadan dan meneroka pasaran baru.

Menerusi kerjasama dengan platform e-dagang terkemuka, promosi siaran langsung dan pemasaran bersepadu, HKTDC membantu perniagaan meningkatkan keterlihatan, menimba pengalaman praktikal e-dagang rentas sempadan dan merebut peluang dalam ekonomi digital serta pasaran e-dagang ASEAN yang sedang berkembang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here