Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kini melancarkan Ops Tok Gajah bagi mengesan 1,338 premis di Kuantan dan Temerloh.
Daripada jumlah itu, 54 premis adalah komersial manakala 1,284 lagi premis domestik, selepas gagal mematuhi notis pemberitahuan pengosongan tangki septik dikeluarkan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).















