Azman Bidin

ALOR GAJAH – Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sebelum hari penamaan calon, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.

Beliau berkata langkah itu membolehkan PH membuat persiapan lebih awal dan tidak menunggu sehingga saat akhir untuk memuktamadkan calon yang akan bertanding.

“Kali ini kita lebih bersedia untuk menamakan calon ,” katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih di Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi di sini hari ini.

Beliau berkata proses pemilihan calon akan diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk dimuktamadkan dengan mempertimbangkan senarai yang dikemukakan oleh cabang, pimpinan negeri dan akar umbi.

Terdahulu, Azman menyertai program itu di DUN Kuala Linggi dengan menziarahi tujuh penerima termasuk seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak dan tidak dapat bekerja selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya

Program itu turut menyampaikan sumbangan tunai daripada Jabatan Perdana Menteri, selain bantuan susulan seperti kerusi roda atau sokongan lain sekiranya diperlukan dan layak.

Beliau berkata program Ziarah Kasih merupakan antara aktiviti yang dijalankan Pejabat Setiausaha Politik dan akan diteruskan di beberapa kawasan lain di seluruh Melaka, termasuk di Parlimen Jasin minggu depan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here