Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa segala bentuk drama atau filem yang mempromosikan perbuatan buli secara tidak langsung atas nama `pengajaran’ dihentikan.

Menurutnya, drama atau filem sedemikan pada akhirnya membawa kepada perlakuan `copycat’ dalam kaangan anak muda yang berlagak seperti `kapla’, `taiko’, `otai’ dan sebagainya.

Penegasan Asyraf Wajdi itu dibuat susulan satu lagi kes kematian pelajar berlaku hari ini di sebuah asrama sekolah yang dikaitkan dengan perlakuan buli.

Tangkap layar FB Asyraf Wajdi Dusuki.

Terdahulu, seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah dilaporkan meninggal dunia malam tadi di asrama pelajar lelaki.

Susulan itu, polis merekodkan keterangan 21 individu, termasuk pelajar, guru, dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan kejadian tersebut.

Selain itu, seorang pelajar Tingkatan Empat turut direman enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, setakat ini punca kematian mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang berusia 14 tahun masih belum diperoleh. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here