Datuk Seri Ab Rauf Yusof menyantuni peniaga yang terlibat dengan program Jualan Melaka Sayang Rakyat di pekarangan Pasar Besar MBMB di Bachang, Melaka malam ini.

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka melaksanakan satu lagi inisiatif baharu bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat apabila melancarkan Jualan Melaka Sayang Rakyat dengan potongan harga barangan segar sehingga 75 peratus, malam ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, menerusi jualan itu, kerajaan negeri menyediakan 2,000 kupon bersubsidi untuk diagihkan kepada orang ramai bagi membeli 40 jenis barangan keperluan harian dengan harga yang jauh lebih murah berbanding pasaran biasa.

Menerusi inisiatif itu juga katanya, kerajaan negeri menyalurkan subsidi sebanyak RM75,000 bagi kupon yang bernilai RM50 sekeping.

Dengan kupon itu, kata beliau, orang ramai boleh membeli pelbagai jenis barangan keperluan termasuk seekor ayam yang dijual dengan harga RM5.

“Malam ini kita ada 2,000 ekor ayam dengan harga RM5 seekor.

“Selain itu, ada juga daging, ikan, telur, sayur-sayuran serta barangan terpilih yang boleh dibeli dengan bayaran tunai serendah RM10 selepas subsidi kupon.

“Contohnya bagi sebungkus daging kambing berharga RM20, pembeli membayar RM10 dan baki RM10 ditampung melalui kupon,” katanya.

Datuk Seri Ab Rauf Yusof menyantuni peniaga yang terlibat dengan program Jualan Melaka Sayang Rakyat di pekarangan Pasar Besar MBMB di Bachang, Melaka malam ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Jualan Melaka Sayang Rakyat sempena Melaka Bila Larut Malam di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang di sini, malam ini.

Menurut Ab Rauf, jualan murah Melaka Sayang Rakyat yang julung kali diadakan itu akan dijadikan acara bulanan.

“Tapak pasar besar ini akan dijadikan salah satu tumpuan orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan asas setiap kali program Bila Larut Malam diadakan setiap bulan,” katanya.

Jelasnya, Jualan Melaka Sayang Rakyat bermatlamat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Jelasnya, ia bukan sekadar menawarkan harga murah untuk satu malam tetapi membuka ruang penjimatan yang benar-benar dapat dirasakan rakyat.

“Saya faham, soal kos sara hidup memang tidak selesai dengan hanya satu malam jualan.

“Tetapi dalam ruang dan kemampuan yang kita ada, kita cari jalan. Kalau ada yang boleh kita ringankan, kita ringankan.

Jelasnya, kerajaan negeri mungkin tidak mampu mengawal setiap harga tetapi kerajaan sentiasa mencari ikhtiar untuk membantu rakyat menghadapinya,” katanya. – MalaysiaGazzette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here