Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias hadir pada mesyuarat 25 ADUN Negeri Sembilan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Selepas hampir tiga jam mesyuarat membabitkan Ahli-Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN) bersama Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selesai kira-kira jam 11 malam tadi.

Bagaimanapun, kebanyakan ADUN yang ditemui di Menara Dato’ Onn di sini enggan memberi sebarang komen kepada pihak media dan memilih untuk terus beredar.

Difahamkan terdapat beberapa ADUN yang memilih jalan keluar lain bagi mengelakkan bertemu dengan pihak media.

Mesyuarat khas yang dipengerusikan Zahid bermula jam 8 malam itu adalah bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut yang melanda Negeri Sembilan membabitkan pentadbiran negeri dan istana.

Bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dkeluarkan berhubung hasil perbincangan berkenaan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

25 ADUN bertemu Zahid bincang penyelesaian kemelut N9

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here