KUALA LUMPUR –  Pas merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata Allahyarhamah bukan sahaja dikenang sebagai isteri, ibu dan nenek tersayang dalam keluarga, malah sebagai tokoh wanita yang banyak menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Menurut beliau, Allahyarhamah turut direkodkan sebagai antara wanita pertama di Malaysia yang berkhidmat sebagai pegawai perubatan kerajaan.

“Allahyarhamah turut memainkan peranan dalam membantu meningkatkan martabat wanita Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, pendidikan dan ekonomi sepanjang Tun Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

“Ahli-ahli Pas khususnya dan seluruh warganegara umumnya turut merasai kehilangan Ibu Negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin turut mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan bersama golongan solehin.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here