Konvoi yang membawa jenazah isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menuju ke Tanah Perkuburan Presint 20 bagi upacara pengebumian, ketika di Lebuhraya Sungai Besi, Selangor. Foto SADIQ SANI, 28 SEPTEMBER 2026.

PUTRAJAYA – Ribuan rakyat yang memenuhi Pusara Negara, Presint 20 di sini, seketika terdiam apabila van jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba untuk  pengebumian petang ini.

Van jenazah yang membawa Allahyarham memasuki kawasan Pusara Negara selepas dibawa dari Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah.

Konvoi yang membawa jenazah isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menuju ke Tanah Perkuburan Presint 20 bagi upacara pengebumian, ketika di Lebuhraya Sungai Besi, Selangor. Foto SADIQ SANI, 28 SEPTEMBER 2026.

Mengiringi perjalanan terakhir itu ialah kenderaan yang membawa suami Allahyarham, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berada di belakang van jenazah.

Beliau kelihatan sayu dan hanya bersandar pada kerusi sambil tunduk.

Ribuan rakyat yang sejak petang menunggu ketibaan Allahyarham di kawasan berkenaan dilihat memberi laluan kepada rombongan jenazah.

Suasana yang sebelum itu dipenuhi pergerakan orang ramai dan petugas bertukar hening sebaik sahaja van jenazah tiba di kawasan pusara.

Sebahagian yang berada di sepanjang laluan hanya berdiri dan memandang van jenazah yang bergerak perlahan menuju ke lokasi pengebumian.

Kehadiran orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat sejak petang tadi jelas menunjukkan penghormatan terakhir yang diberikan kepada Allahyarham yang meninggal dunia pagi tadi pada usia 100 tahun.

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan ribuan rakyat sudah berada di Pusara Negara sejak kira-kira 3.30 petang bagi menunggu ketibaan jenazah.

Tun Siti Hasmah kemudiannya dibawa ke lokasi persemadian yang terletak bersebelahan pusara Allahyarham Tun Endon Mahmood, isteri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ribuan yang hadir bukan sekadar menunggu sebuah istiadat negara berlangsung, tetapi menjadi saksi kepada saat terakhir seorang tokoh yang selama puluhan tahun dikenali sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri dan figura tersendiri dalam sejarah negara. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here