Lokasi kejadian seorang lelaki warga emas maut dilanggar ketika melintas jalan di Jalan Muar-Segamat, Segamat malam tadi.

SEGAMAT – Seorang warga emas maut ketika melintas jalan selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 58 Jalan Muar-Segamat di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, kejadian berlaku pukul 9.10 malam ketika lelaki tempatan berusia 80-an itu yang berjalan kaki sedang melintas dari kiri ke arah kanan jalan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton X70 yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 30-an bergerak lurus dari arah Segamat menghala ke arah Jementah telah terlanggar mangsa.

“Pejalan kaki berkenaan mengalami kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu berkenaan mendapatinya negatif dadah.

Katanya, kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jumazanzahir meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mega Rajiman 012-7039837 atau Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat 07-9325811.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here