Keadaan rumah yang rosak akibat terkena serpihan dron yang dipintas di Taif, Arab Saudi. (Gambar fail)

ISTANBUL – Pihak berkuasa Arab Saudi pada Isnin mengaktifkan amaran kecemasan untuk tempoh singkat di wilayah barat daya Najran dan Jazan berikutan “risiko bahaya”, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi, Platform Amaran Awal Kebangsaan mengeluarkan amaran di Wilayah Najran bagi memberi peringatan kepada penduduk mengenai kemungkinan ancaman. Amaran serupa turut dikeluarkan bagi Wilayah Jazan.

Pertahanan Awam kemudiannya menghantar mesej bahawa keadaan selamat bagi kedua-dua wilayah berkenaan, dengan memaklumkan bahawa ancaman sudah berlalu.

Pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan beberapa amaran kecemasan yang sama dalam beberapa minggu kebelakangan ini susulan peningkatan serangan peluru berpandu dan dron oleh Kumpulan Houthi dari negara jiran, Yaman manakala kumpulan itu mengaku bertanggungjawab terhadap banyak serangan ke atas kerajaan itu .

Arab Saudi mengetuai pakatan yang menyokong Kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sejak Mac 2015 dalam menentang Kumpulan Houthi, yang menguasai ibu negara Sanaa dan beberapa wilayah sejak September 2014. -BERNAMA-ANADOLU

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here