FELDA

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas HTF30 telah menyerahkan Laporan Interim Pelaksanaan Pelan Strategik Hala Tuju Kumpulan Felda 2025-2030 kepada Perdana Menteri pada 25 September lalu sebagai status terkini untuk perhatian dan pertimbangan sewajarnya.

Jawatan kuasa itu berkata, ia akan terus menjalankan mandatnya untuk mengkaji dan meneliti pelan strategik yang telah disediakan demi mencapai objektif hala tuju Kumpulan Felda.

Pada 10 September lalu, Jawatankuasa Khas HTF30 memaklumkan ia akan mengemukakan, laporan interim yang mengandungi hasil kajian serta cadangan penambahbaikan olehnya Hala Tuju Kumpulan Felda 2025-2030 kepada Perdana Menteri pada penghujung bulan ini.

Jawatankuasa Khas HTF30 memaklumkan laporan itu disediakan selepas jawatankuasa berkenaan mengadakan enam siri mesyuarat bersama pihak berkaitan termasuk Felda.

“Siri mesyuarat berkenaan meneliti pelbagai aspek melibatkan hala tuju strategik, operasi, kedudukan kewangan, struktur organisasi dan tadbir urus Kumpulan FELDA,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan Jawatankuasa Khas HTF30 sedang meneliti perkara-perkara seperti status penyahsenaraian FGV Holdings Berhad serta pembentukan model perniagaan baharu untuk mencapai kelestarian dan kemandirian Felda.

Turut diteliti cadangan Model Felda Baharu yang turut menyentuh tanggungjawab FELDA terhadap peneroka dan generasi seterusnya,” menurut kenyataan itu.

Jawatankuasa itu turut mengkaji isu kelemahan tadbir urus dalam pembelian atau pelaburan lapan aset seperti yang terkandung dalam Kajian Forensik Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April 2019. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here