[Gambar fail] Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim selesai menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap di sini selepas berada hampir tiga jam di istana berkenaan.

Ismail tiba kira-kira 10.50 pagi tadi, manakala kenderaan membawa Tuanku Muhriz dilihat meninggalkan istana kira-kira 2.30 petang.

Difahamkan, kenderaan Menteri Besar keluar terlebih dahulu, namun tidak melalui pintu pagar utama istana berkenaan.

Terdahulu, turut dilihat memasuki istana berkenaan ialah kenderaan Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid.

Pertemuan itu difahamkan susulan isu berkaitan pentadbiran serta kemelut semasa di negeri ini.

Pengamal media mula berkumpul di hadapan istana tersebut kira-kira 10 pagi tadi bagi mengikuti perkembangan semasa.

Sebelum ini, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang berkuat kuasa pada 20 Sept dan pembatalan itu diwartakan pada 24 Sept.

Exco berkenaan ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah. – BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here